
Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
2023-04-03 • Dikemaskini
Setup penyongsangan 123 adalah satu formasi asas di carta, yang memberi amaran mengenai penyongsangan arah trend yang bakal menjelang.
Pola carta 123 adalah formasi tiga gelombang, di mana setiap pergerakan mencapai titik pangsi (pivot point). Di sinilah asal usul nama pola ini, titik pivot 1-2-3.
Begini rupa pola tersebut:
Pola 123 berfungsi dalam kedua-dua arah. Dalam kes pertama, trend bullish berubah menjadi bearish. Dan gambar kedua menunjukkan senario sebaliknya, trend bearish berubah menjadi bullish.
Pola ini muncul selepas tiga pergerakan harga, yang membentuk tiga titik pivot dan satu aras pengesahan.
Titik pivot 1.
Ini adalah titik pusingan yang dibentuk oleh harga semasa trend berlangsung. Sekiranya harga menembusi garisan trend yang terdahulu selepas ia membentuk titik pivot 1, pola ini akan lebih andal (boleh dipercayai).
Titik pivot 2.
Titik pusingan seterusnya berkemungkinan besar akan terbentuk di luar garisan trend atau saluran sebelumnya. Ini adalah petunjuk yang baik bahawa trend mungkin sudah bersedia untuk berakhir dan menyongsang.
Titik pivot 3.
Titik pivot 3 sangat penting untuk pola carta penyongsangan 123. Untuk dikira sebagai formasi yang sah, titiknya tidak boleh melebihi titik pivot 1 (dalam kes yang paling teruk sekali pun, ia harus berada pada aras yang sama).
Aras pengesahan
Aras pengesahan adalah titik masuk kami di pasaran. Ia terletak pada aras yang sama dengan titik pivot 2. Apabila harga menembusi aras ini, buka posisi.
Untuk menetapkan sasaran, pedagang perlu menghubungkan titik pivot 1 dan 3 dengan satu garisan. Saiz pola 123 anda bersamaan dengan jarak vertikal antara Garisan 2 (iaitu garisan horizontal pada aras 2 titik pivot) dan titik tengah Garisan 1.
Adalah sangat penting untuk menggunakan renti rugi ketika berdagang dengan pola carta 123. Renti rugi harus ditetapkan di bawah titik pivot 3 dalam penyongsangan trend bullish, dan di atas bagi trend bearish. Dalam keadaan kemeruapan pasaran yang tinggi, harga mungkin akan melepasi 2 titik pivot untuk sementara waktu. Oleh itu, adalah idea yang baik untuk menetapkan renti rugi sedikit melebihi titik pivot 3, kerana ini akan mencegah renti rugi daripada diaktifkan dengan sia-sia.
Pola 123 juga boleh berfungsi sebagai pola penerusan. Dengan kata lain, ia boleh memberi signal bahawa trend tidak akan menyongsang.
Dalam kes ini, harga tidak menembusi “aras pengesahan” pada titik pivot 2. Sebaliknya, ia kembali ke aras titik pivot 3 dan menerobosnya. Setup ini memberi signal bahawa trend akan berterusan.
Renti rugi dalam formasi pola penerusan
Sekiranya anda berdagang dengan pola 123 sebagai formasi penerusan, maka pesanan renti rugi anda harus melebihi Pivot Point 2.
Sasaran “pola penerusan 123” diukur dengan cara yang sama seperti pola 123 biasa. Satu-satunya pengecualian dalam kes ini, anda harus mengambil titik pivot 3 sebagai permulaan sasaran anda.
Alangkah bagus jika anda sudah mengetahui tentang pola 1-2-3 pada Mei 2021. Ini adalah urusniaga short terhebat yang pernah wujud! Mari kita lihat contoh yang terbaik untuk pola ini!
Carta harian Bitcoin
Setelah carta Bitcoin membentuk 1 titik pivot, harga turun di belakang garisan trend, di mana titik pivot 2 terbentuk. Kemudian harga melambung dan titik pivot 3 dan satu calon untuk aras renti rugi pun muncul. Setelah harga menembusi aras pengesahan, ia turun dan mengena sasaran pola ini.
Kesimpulan
Pola 123 adalah pola lazim yang biasanya muncul pada peringkat permulaan kebanyakan penyongsangan harga. Kadang kala, ia juga boleh memberikan signal tentang penerusan trend. Untuk mendapatkan signal yang berkualiti tinggi, lebih baik menggunakan pola 123 bersama dengan osilator (contohnya RSI). Pada saat RSI berada di nilai ekstrim, pola 123 akan memberikan signal yang paling tepat.
Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Pada masa kini, setiap sumber berita heboh membincangkan tentang inflasi, artikel ekonomi berteriak-teriak mengenainya. Semakin ramai orang menjadi semakin keliru dengan semua maklumat yang diterbitkan.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!